Mengenai Komputer

Apa itu komputer?

Komputer ialah sebarang peralatan, mesin atau alat yang digunakan untuk memproses maklumat berpandukan kepada prosedur atau arahan yang ditetapkan. Seseorang pemilik komputer peribadi perlu mengenali komponen-komponen komputernya yang berlainan. Pengetahuan mengenai nama, bentuk fizikal serta fungsi komponen-komponen komputer peribadi akan membantu seseorang apabila dia berhadapan dengan masalah atau ketika menggunakan komputer peribadi yang lain. Pengetahuan ini juga akan menjadikan seseorang itu lebih yakin apabila menggunakan komputermul ti media, apatah lagi sekiranya komputer itu bukanlah yang sering digunakan olehnya sebelum ini, lebih khas lagi bagi guru-guru untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.Pada asalnya, perkataan komputer bermaksud pengira. Pengira bertugas untuk melakukan pengiraan matematik sama ada dengan bantuan alat mekanik atau tidak. Seterusnya, hasil kiraan dialihkan ke mesin. Pada asalnya, tugas “komputer” hanyalah khusus kepada penyelesaian, tapi komputer moden digunakan untuk pelbagai tugas lain yang tidak berkaitan dengan matematik.

Definisi mengenai komputer

Takrif asal”komputer” seperti yang disebut di atas, hanya merangkumi peralatan khusus yang boleh mengira satu fungsi atau berbilang fungsi yang terhad. Sekiranya mengambil kira komputer moden, salah satu ciri yang membezakannya dengan komputer awal ialah, sekiranya dimasukkan denganperisian-perisian yang sesuai, komputer moden berkemampuan untuk meniru sebarang pengiraan. Namun kemampuan ini dibatasi oleh pemuatan storan,ingatan capaian rawak (RAM) serta kelajuan pemprosesan. Dalam erti kata lain, kemampuan ini boleh digunakan sebagai ujian untuk membezakan komputer “serba-guna” dengan komputer awal yang hanya khusus untuk tugas tertentu. Komputer juga boleh ditakrifkan sebagai satu sistem yang mengendalikan simbol-simbol elektronik dengan pantas dan tepat dan direka khas untuk menerima, memproses, menyimpan dan mengeluarkan hasil keluaran.

Penggunaan komputer

Pada awalnya, komputer digit elektronik, dengan saiz dan kosnya yang besar, hanya digunakan untuk pengiraan saintifik, selalunya untuk tujuan ketenteraan, contohnya ENIAC.

Komputer terbenam

Dalam masa 20 tahun ini, kebanyakan peralatan rumah, seperti konsol permainan video sehingga telefon bimbit, perakam kaset video(VCR), PDA, dan banyak lagi jentera industri, kenderaan, dan alat elektronik lain; kesemuanya mengandungi litar komputer yang kurang sempurna.

Komputer yang digunakan dalam peralatan untuk fungsi tertentu, dikenali sebagai “mikropengawal”at au “komputer terbenam”. Komputer jenis ini hanya berfungsi untuk memproses maklumat tertentu sahaja.

Komputer peribadi

Kebanyakan masyarakat umum lebih mengenali komputer sebagai Komputer Peribadi.

Bagaimana komputer berfungsi?

EDSAC merupakan salah satu komputer terawal yang menggunakan seni bina atur cara tersimpan (von Neumann). Teknologi dalam komputer digital telah melalui perubahan besar sejak komputer yang pertama pada tahun 1940. Namun kebanyakannya masih menggunakan senibina von Neumann, yang dicadangkan oleh John von Neumann pada awal 1940-an.

Senibina von Neumann menyatakan komputer dibahagi kepada 4 bahagian utama iaitu:
1. Unit Aritmetik dan Logik
2. Litar pengawal
3. Memori
4. Alat input-output (I/O)

Kesemua bahagian ini disambung bersama oleh wayar-wayar, yang dikenali sebagai “bas”.

 •Ingatan

Di dalam sistem komputer, ingatan ialah jujukan bait (seperti sel), di mana setiap satunya mengandungi sebutir maklumat. Maklumat tersebut mungkin adalah arahan untuk komputer, dan setiap sel menyimpan serpihan data yang diperlukan komputer untuk menjalankan arahan.

Secara amnya, ingatan boleh diguna semula lebih sejuta kali. Ia lebih berupa pad lakaran, daripada batu tablet yang hanya boleh ditulis sekali.

Saiz setiap sel, dan bilangannya, berbeza di antara satu komputer dengan komputer yang lain.Begitu juga dengantekno logi memori tersebut, daripada denyutan elektromekanik, seterusnyatiub raksa, seterusnya kepada susunan matriksmagnet kekal, seterusnya kepadatransistor, danseterusnya litar bersepadu yang mengandungi berjutakapasitor dalam sebiji cip.

•Pemprosesan

Unit Aritmetik dan Logik (ALU), ialah alat yang melaksanakan operasi asas, seperti operasi aritmetik (tambah, tolak, darab, dan sebagainya), operasi logik (AND, OR, NOT) dan membandingkan operasi. Unit ini melakukan tugas sebenar dalam komputer.

Unit pengawal menyelia slot-slot yang menyimpan arahan terkini, seterusnya memberitahu ALU tentang operasi yang perlu dilakukan serta menerima maklumat yang perlu (daripada memori) untuk melaksanakan operasi tersebut. Kemudiannya ia menghantar kembali hasil operasi ke kedudukan memori yang sesuai. Setelah itu, Unit Pengawal akan beralih kepada arahan yang
seterusnya.

•Input-Output

Unit Input-output membenarkan komputer menerima maklumat daripada dunia luar, dan menghantar keputusan maklumat kembali ke dunia luar. Terdapat pelbagai bentuk alat I/O, daripada Papan kekunci,skrin, Cakera liut, kepada alat yang luar biasa, seperti Webcam. Kesemua alat (peranti) input mengkod maklumat kepada data supaya boleh diproses oleh sistem komputer digital. Alat (peranti) output pula menyahkod data komputer kepada maklumat yang boleh difahami oleh pengguna komputer.

Ditulis oleh,

David Lim and Muti’ah.

26 May 2011

About Store Component

Im a Nice Man.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s